11 December 2012

Ulamak hanya pencadang, bukan pemutus dasar - Ust. Wan Ji

Pada minggu lepas, penulis berkesempatan mengikuti satu wacana yang bertajuk Relevansi Kepimpinan Ulamak yang menampilkan ahli panel yang terdiri daripada Us. Wan Ji, Ust. Hairul Nizam dan Dr. Zuhdi yang diadakan di Hotel Granriver View, Kota Baru Kelantan. Kebetulan ketika itu, penulis terlibat dengan penganjuran Kongres Islam Sedunia, anjuran Kerajaan Negeri Kelantan

Sebelum ni, Ust. Wan Ji sibuk menyamakan konsep kepimpinan ulamak seperti wilayah Faqih dalam mazhab Syiah. Heboh dijaja dalam facebook, sehingga nama Pak Subky pun dilibatkan sama untuk menguatkan lagi bahawa konsep kepimpinan ulamak hanya mengambil semangat Iran semata-mata. Bahkan dalam wacana tersebut Ust. Wan Ji menguatkan lagi kenyataan dengan menyebut istilah kepimpinan ulamak hanyalah propaganda yang dicipta untuk menjatuhkan kepimpinan Datuk Asri Muda.

Di penghujung wacana, Us. Wan Ji mencadangkan supaya Ulamak hanya menjadi pencadang bukannya pemutus dasar. Bahkan beliau menyebut, kalau cadangan tersebut tidak diterima, ulamak bertanggungjawab berdakwah dan memberi penerangan sehingga cadangan tersebut diterima.

Penulis terkejut kenyataan sebegini boleh dikeluarkan. Kalau begitu, apa beza ulamak dalam PAS dengan ulamak dalam UMNO. Apabila ulamak hanya diletakkan di bahagian pencadang, ini bermakna cadangan tersebut boleh diterima dan kemungkinan boleh ditolak.!

Selepas selesai daripada wacana tersebut, penulis bertanyakakan pendapat beberapa orang peserta tentang wacana tersebut. Hampir kesemua menyatakan bahawa penghujahan Ust. Wan Ji dalam menyamakan Kepimpinan Ulamak dengan Wilayah Faqih terlampau dangkal dan tiada penghujahan yang konkrit. Penghujahan persamaan ini hanya sekadar persepsi untuk menimbulkan propaganda baru menolak kepimpinan ulamak.

Penulis tertarik dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Us. Hairul Nizam dengan menyebut bahawa konsep kepimpinan ulamak telah bermula di zaman Rasulullah SAW. Bahkan beliau menyebut bahawa di antara syarat menjadi khalifah yang disepakati oleh para ulamak mesti seorang yang mencapai syarat mujtahid. Adakah seorang mujtahid tidak disebut sebagai ulamak.!

Dalam ucapan penggulungan Tuan Guru Dato’ Seri Presiden baru-baru ni menyebut bahawa PAS merupakan antara gerakan Islam yang begitu segar dengan ijtihad-ijtihad yang baru antara PAS merupakan gerakan Islam yang terawal terlibat dalam pilihanraya.

PAS merupakan gerakan Islam yang terawal membenarkan muslimat bertanding dalam pilihanraya

PAS merupakan gerakan Islam yang terawal terlibat dalam tahaluf Siyasi

PAS merupakan gerakan Islam yang terawal mewujudkan Majlis Syura Ulamak.

Kewujudan Majlis Syura Ulamak diwujudkan dikala Ikhwanul Muslimin hanya menubuhkan Majlis Syura semata-mata. Penubuhan Majlis Syura Ulamak begitu dipuji oleh Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi ketika beliau melakukan lawatan ke Pej. Agung PAS suatu ketika dahulu.

Majlis Syura Ulamak adalah manifistasi daripada konsep kepimpinan Ulamak yang dilakukan oleh PAS.

Ini semua adalah hasil daripada ijtihad-ijtihad baru oleh ulamak PAS sehingga PAS kekal cemerlang sehingga ke hari ini.

Ijtihad mutakhir yang dilakukan oleh Ulamak PAS ialah keterlibatan PAS dalam tahaluf Siyasi bersama Pakatan Rakyat. Bahkan Majlis Syura Ulamak dalam muktamar baru-baru ini sekali lagi menegaskan bahawa PAS tidak pernah terkeluar dari dasar perjuangan apabila terus bersama dengan Pakatan Rakyat dan juga memperkenalkan istilah Negara Berkebajikan.

Sebelum ini, penulis pernah menulis bagaimana hasil daripada kepimpinan Ulamak, PAS terus cemerlang sehingga kini.

Kenapa timbul suara-suara sumbang mempertikaikan kepimpinan ulamak disaat PAS sedang  berada dalam keadaan cemerlang.?

Kenapa timbul suara-suara sumbang mempertikaikan kepimpinan ulamak disaat PAS dikira sebagai rujukan kepada gerakan Islam yang lain.

Adakah ada satu gerakan tertentu yang ingin mengambil laba daripada kecemerlangan ini.?

Ingat, muktamar baru-baru ini telah menegaskan bahawa PAS akan terus kekal dengan konsep kepimpinan ulamak. Sesiapa yang cuba untuk merungkaikannya seolah-olah meminggirkan keputusan muktamar yang sepakat bahawa PAS mesti kekal dengan konsep kepimpinan Ulamak.

Kalau sebelum ini, ramai yang mempergunakan keputusan muktamar untuk menidakkan PAS bersama dengan UMNO. Kali ini sama-sama kita menggunakan mandat muktamar untuk PAS terus kekal dengan konsep kepimpinan Ulamak.

Bahkan konsep inilah yang akan membawa PAS ke Putrajaya…

Teruskan Perjuangan

…Bekerja Untuk Islam…

12.00 pm, Seberang Takir,